Isnin, 16 Oktober 2017

Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 3)

Hai hai hai korang!

Selamat bermonday blues. Malasnya nak keja! Tak keja jawabnya duduk ontok-ontok di rumah ye Suhami. Tunggu orang masuk minang.

Ok guys, kita sambung semula post Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 3). Nak diikutkan itinerary asal di ubah hari keempat di bawa ke hari kedua. So, untuk hari kedua (itineary baru) itu kami bangun awal subuh ye untuk ke Kebun Mangunan untuk melihat negeri atas awan. Difahamkan kat sini memang sejuk dan pastikan bawa baju panas. Ada kebun buah ke atas ni? Dop lah, kat sini biasanya orang akan melihat sunrise sambil awan-awan berlalu bawah korang je. Boleh nampaklah awan tu berarak macam air ye (kalau guna timelap).

Namun, atas sebab kepenatan kami kecundang bangun lewat sejam. Makanya terpaksa skip Kebun Mangunan dan terus singgah Hutan Pokok Pinus iaitu terletak di tempat yang berhampiran juga. Sebenarnya kalau tak silap di sini ada banyak jenis hutan pokok pinus, dan kebun mangunan antara salah satu yang popular. Kat sini memang tempat wajib singgah kalau ke Jogjakarta. Kat negara kita kan jarang nampak hutan pokok pinus (ke memang takdo?). So disinilah kita boleh bergambar sakan. Di kawasan ini juga ada Seribu Batu iaitu seakan rumah hobbit dan binaan lain-lain yang unik yang pasti menaikkan rating like instagram anda...camtu.


Menunggu giliran untuk bergambar.



Kat sini juga banyak kedapatan pondok-pondok atas pokok kayak gini. Cuma kau gayat tak gayat je terhadap ketinggian.

Ada juga taman bunga taik ayam kat puncak ni. Suhu sini not bad sejuk ye.


Ha, sebenarnya keluar dari hotel kami tak sarapan ye. Makanya perut sudah berdangdut, kami sarapan di area sini. Cuba rasa minuman Wedang Uwuh. Lain dari yang lain ye. Rasa sirap dan ada campuran herba. Kalau korang nasib baik, kat sini juga ada jual bermacam-macam jualan termasuk aiskrim kuburan. Haaa....sundel bolong sangat ye.

Aiskrim kuburan, siap batu nesan R.I.P ye. Kau ghaser?
Wedang Uwuh - air spesial kat sini tau, cobalah. (teringat daun durian kat kampueng)


Lepas dari itu, kami terus ke hutan pinus berikutnya yang terletak di Puncak Becici. Menurut bang Heri sekarang di sana kan lagi cuti umum. Kiranya orang tempatan tersangatlah ramai yang nak naikkan rating like instagram masing-masing. I strongly suggest korang spend masa seharian di sini. Sebab apa? sebab banyak lokasi untuk bergambar yang menarik ada di sini. Setengah hari bagi i tak cukup kot. Ini antara lokasi yang kami bergambar.

From left : Miss Kenya, Miss Peru, Miss Kazakztan, Miss Myanmmar, Miss Libya dan Miss Sudan ye


Temanin gue berjuang ye. Kita keliling dunia

Calon menantu idaman ibumu 
Pre Kalibiru. Tema pose - forever alone katanya
kat Puncak Becici ni pun ada hutan pinus (kau sebut bebetul ye)
Ok, banyak juga tempat menarik yang kami tak sempat nak singgah. Macam kawan i selepas trip kami ni, dia ada snap gambar kat bulan sabit. Serius lawa. Kalau korang sempat, korang pun boleh bergambar di sarang burung, pintu doraemon, kapal layar, kereta kuda menuju jannah, dan macam-macam lagi tau. Semuanya berhampiran di kawasan sini juga, hutan pokok pinus. Sebab tu i cakap, tak cukup kalau sehari di kawasan ini. So, sila spend a day untuk trip Hutan Pokok Pinus ya.

Kita sambung lagi bahagian keempat akan datang ye!


Tempat Menarik di Jogjakarta

1. Pantai Parangtritis
2. Gumuk Pasir
3. Kebun Mangunan
4. Hutan Pokok Pinus
5. Seribu Batu
6. Puncak Becici


Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih